Saturday, November 23, 2013

Bab 2 Persedian Bersalin





Teks: Masayu Ahmad
Sumber: Ebook Panduan Lengkap 44 Hari Berpantang

Bab 2: Persediaan Bersalin
2.1 Lokasi Bersalin
2.2 Kaedah Bersalin
2.3 Persediaan Menyambut Bayi
2.4 Persediaan Mental Dan Fizikal
2.5 Prosedur bersalin

Petikan bab 2
Panduan memilih produk  untuk berpantang
·         Ubatan akan disediakan oleh pihak hospital tempat bersalin
·         Ubatan tradisional seperti herba perlu mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia
·         Lihat produk berdasarkan testimoni terdahulu tentang keberkesanan produk dan juga kesan kepada ibu berpantang. Sebaiknya pandangan mereka yang pakar dan bertauliah
·         Tidak sewenangnya mencampur adukkan produk herba dan ubatan yang dibekalkan hospital. Dapatkan pandangan doktor terlebih dahulu.

2.7 Perancangan selepas pantang
Persediaan jagaan bayi. Bagi ibu yang akan kembali bekerja perlu merancang untuk meninggalkan bayi sama ada di rumah pengasuh, pusat asuhan kanak-kanak atau mengambil pembantu rumah. Perbincangan tentang ini perlu dilakukan selepas sebelum pantang dan semasa merancang kehamilan anak. Jadi anda dan suami tidak kelam-kabut untuk memikirkan tentang jagaan sebaik sahaja habis tempoh pantang.

Mengimbangi keperluan bayi dan anak-anak yang lain.
Jika sudah pun mempunyai anak-anak yang lain, jadi sangat perlu untuk mengimbangi keperluan bayi yang baru lahir juga keperluan anak-anak yang lain. Suami isteri perlu lebih bersedia untuk menerima tambahan amanah yang baru.

Merancang kehamilan seterusnya
Berbincang dengan suami untuk kelahiran seterusnya. Beberapa faktor perlu diambil kira iaitu merancang bilangan anak, jarak untuk setiap anak, status kesihatan ibu, usia ibu ketika melahirkan anak pertama. Jarak yang disarankan ialah dua tahun untuk setiap anak, juga ibu tidak digalakkan hamil pada usia 35 tahun ke atas, kerana factor kesihatan dan komplikasi yang mungkin akan dialami sekiranya hamil. Mendapatkan pandangan pakar perbidanan adalah keutamaan sekiranya anda ingin merancang kehamilan.

Tip untuk ibu/wanita hamil
·         Bersedia fizikal dan mental
·         Bersedia menerima kelahiran dalam situasi apa sahaja
·         Bersedia menerima apa-apa komplikasi semasa di bilik bersalin. Contohnya kemungkinan bayi yang boleh dilahirkan secara normal, kemudian akan dilahirkan secara pembedahan disebabkan banyak faktor.
·         Bersabar dalam setiap kesakitan yang dialami
·         Memakai stoking semasa berada di bilik bersalin. Memudahkan ibu, kerana selepa selesai bersali ibu akan mengalami keletihan dan akan terus tidur untuk mendapatkan tenaga.
·         Minggu-minggu terakhir segala kelengkapan sudah siap sedia.
·         Mendapatkan seberapa banyak informasi tentang berpantang.
·         Tidak mudah keliru dengan pandangan, nasihat pengalaman dari ibu-ibu yang pernah berpantang dan bersalin.

Tip untuk bapa
·         Memastikan bajet yang mencukupi sama ada untuk bersalin di hospital kerajaan atau swasta.
·         Tahu dan peka segala keperluan bayi dan keperluan ibu semasa berpantang.
·         Sokongan kepada isteri, semasa berada di bilik bersalin. Ketika menemani isteri di bilik bersalin, saranan cara pernafasan yang betul kepada isteri. Bersama-sama berzikir semasa isteri menghadapi tempoh kesakitan kritikal.
·         Tahu apa keperluan isteri semasa berpantang
·         Jika perlu, bapa mengambil cuti untuk menjaga isteri semasa berpantang.
·         Mencari pembantu selama isteri berpantang, untuk mengambil alih tugas urusan rumah tangga dan menjaga anak-anak yang lain.
·         Tidak panik apabila berdepan banyak situasi semasa isteri berpantang seperti bentan, tumpah darah, tidur terganggu, keletihan, bayi kerap terjaga dan menangis.
·         Dapatkan informasi jagaan pantang daripada ibu dan ibu mertua.
·         Hargai isteri dengan menghadiahkan set bersalin, buku, bunga atau apa sahaja sebagai menghargai perngorbanan isteri melahirkan anak.
Senarai kelengkapan untuk berpantang
·         Kelengkapan berpantang untuk ibu
·         Kelengkapan untuk bayi
·         Kelengkapan ubatan, peralatan semasa berpantang
·         Senarai resipi sihat semasa berpantang
·         Informasi melalui buku, pantang larang semasa berpantang, mitos yang boleh dan tidak boleh
·         Senarai rawatan, berdasarkan bajet (termasuk bajet keseluruhan bersalin dan persediaan lain)- Boleh baca dalam bab seterusnya.
Panduan  selesai proses bersalin
·         Selepas selesai bayi lahir, ibu akan keletihan.
·         Bersedia untuk menerima sentuhan awal bayi. Bidan akan meletakkan bayi di atas badan ibu.
·         Boleh memberikan susu badan seawal yang boleh
·         Bidan akan memberikan anda segelas air suam
·         Selepas selesai di bilik bersalin, ibu akan dibawa ke bilik khusus ibu yang sudah selesai bersalin.
·         Ambil masa untuk tidur dan berehat.
·         Minum air panas (boleh minum kopi atau air panas). Makan roti dan biskut sebagai alas perut.
·         Disarankan membawa bekalan makanan pantang sendiri ke hospital, seperti roti, biskut, kopi, milo. Juga ikan bilis digoreng bersama lada hitam, lauk untuk makan tengahari dan malam. Kebiasaannya hospital tidak menyediakan set makanan sarapan.
·         Jika mahu boleh mandi air panas. Jika terlalu lemah, ibu akan terus tidur.
·         Minta bantuan suami, untuk memakai stoking. Digalakkan memakai stoking semasa berada di bilik bersalin.
·         Sapu seluruh badan dengan minyak panas, terutama pada bahagian kaki, tubuh, paha, belakang dan perut.
·         Pakai pakaian tebal, baju berlengan panjang dan selimut badan.
·         Ambil masa untuk berehat.
·         Rutin baru berpantang bermula seawal selepas bayi dilahirkan.


No comments:

Post a Comment